Salam kepada semua warga Kg. Air Baruk. Sejak blog kampung kita ini dilancarkan iaitu bermula dari 19/03/2009 hingga ke hari ini iaitu 24/06/09 (3 bulan), hit ataupun kekerapan kita memasuki blog ini cuma mencapai tahap yang sederhana iaitu 2000 hit. Kami mengharapkan lebih ramai lagi warga Kampung Air Baruk memasuki blog ini dan seterusnya memberikan apa sahaja pendapat dan pandangan berkaitan dengan kampung. Kemungkinan ramai yang di luar sana masih tidak mengetahui kewujudan blog ini. Seperti yang disebut pada awal posting di dalam blog ini, tujuan dibangunkan blog ini ialah merapatkan hubungan diantara kita.. Biarpun jarak menjadi pemisah namun ikatan silaturahim tetap bertaut. Biar sejauh manapun kita merantau, namun ingatan kita kepada kampung tercinta tetap tersemat di hati. Kami percaya, ramai di luar sana yang begitu merindui kampung, tetapi batasan tugas dan keperluan serta kesibukan membuatkan mereka terlupa sejenak. Jenguk-jenguklah selalu di sini... Insyallah.. kami akan menyampaikan berita-berita terkini berkenaan dengan kampung. Sampai-sampaikanlah kepada adik, kakak, abang, anak dan cucu berkaitan dengan kewujudan blog ini. Mari kita sama-sama menjadikan ia landasan untuk mengukuhkan ukhwah sesama sesama sekampung.
Salam dari Admin/Tok Sidang
3 ulasan:
saya cadangkan kita wat satu flyers mengenai blog ni pastu serahkan pada orang2 kg masa sembahyang raya nanti. sekadar cadangan
Wah betullah.. cadangan tu..... Sempat ke kalau buat ek???
wahh..suda ade blog la, cadangan bt flyers tu bgs btol dr stu aku dpt tau wujudnye blog ni..syabas
Catat Ulasan