Sabtu, 14 Ogos 2010

Saudara Tahir Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hidup mati, ajal maut semuanya adalah ketentuan Ilahi. Begitu juga dengan sahabat penulis, rakan sepermainan semasa kecil….Saudara Tahir bin Ibrahim (Adik kepada Khadijah Ibrahim, Latif Ibrahim dan Sofea Ibrahim.

Seperti biasa, Tok Sidang terus menghubungi penulis untuk memuatkan berita kematian di dalam weblog Air Baruk. Menurut Tok Lan, kemalangan arwah Tahir berlaku di Lebuhraya AMJ (Alor Gajah-Melaka-Jasin) dalam perjalanan ke Merlimau.

ketika ini urusan menguruskan jenazah sedang dilakukan. Penulis mewakili pendududk kampung mengucap takziah kepada keluarga arwah.. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah.. Amin

Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...