Sabtu, 25 April 2009

SAMBUNGAN - GAMBAR-GAMBAR TERKINI KG. AIR BARUK

Salam... Hari ini penulis nak sambung cerita semalam...

Cuba tengok gambar di atas?... Adakah anda boleh mengecamnya?.. Di mana lokasi gambar ini?... Inilah kawasan tengah kampung kita.. Dekat dengan rumah arwah Odang Atim... alah... Pak Ngah Razlan.. Satu lorong dengan rumah arwah Wan Nipah, arwah Cikgu Tawi, arwah Imam Haris dan etc... Kat simpang inilah.. tempat budak-budak kampung melepak dulu... Kat sini dulu banyak pokok pauh... bila musim buah pauh.. bebudak dulu ni kerja dia menggodoh buah pauh... Kalau tak silap sebelah kiri simpang ni ada kedai cina... Noli nama dia... Geng-geng yang melepak kat sini... Si Chadit, Tajul, Razak, Chong, Dak Min, Ali Pia dan lain2.. Dia orang ni semuanya lebih tua sikit dari penulis.. Jadi penulis tak sempat (dan tak boleh) nak join.. Yang menariknya geng2 ni ada group basikal.... semuanya warna kuning... Basikal ala-ala Scrambler gitu.. Sepit Udang (fox) mesti diluruskan.. baru nampak macam srambler....

Hah.. yang ni pulak rumah Tok Yam (Mok Yam).. masih kuat lagi beliau ni... Kalau tak silap.. sekarang ni duduk kat Taman Maju... Ada juga penulis jumpa dia ... masa singgah kat rumah Busu Esah (Cikgu Atan)..

Boleh cam corner nie?... Inilah corner Sawmill... Sebab dinamakan corner Sawmill sebab berdekatan dengan Kilang Papan.... Ini le yang uniknya kampung Air Baruk... ada kilang papan, ada kilang padi... Kat corner ni lah macam-macam kemalangan yang berlaku.. termasuklah abang penulis iaitu Amli... Betul-betul kat corner tu dulu.. ada kedai.. Mesti kau orang ingat punya.. Kedai Wak Das... Fuh!.. kena mee rebus pedas.. terangkat.. Biasanya lepas solat jumaat.. semuanya berlumba-lumba ke kedai Wak Das... Kena mee rebus dan air Long Chan....

Bagi yang dah lama tak balik kampung... memanglah dah tak cam dengan tempat ni.... Apa tidaknya.. dari tanah sawah.. ditambak dah jadi kedai makan.. Ini le tanah Pak Anjang Baba.. disewakan kepada YB. Razali.. Nama kedai ni Roza Seafood.. Kat sini le bebudak kampung melepak malam-malam.. Kalau nak berjumpa dia orang ... ini le tempatnya..

Yang ni pulak... rumah arwah Busu Ali (Pakeh Ali).. sebenarnya tapak rumah asal bersebelahan dengan rumah ni... Di alih ke sebelah kanan.. Dan sekarang ni tapak asal dah dibuat rumah baru.. Rumah Cikgu Atan ... lawa rumah dia...
                                 Ini le rumah Cikgu Atan...    


Yang ini pulak.. rumah arwah Mak Betah... Hanafiah Nasir, Abg Fakar, Bang Daud.. Malik.. Rumah-rumah tradisional yang masih kekal lagi di Air Baruk selain dari rumah ni ialah rumah Mak Jah... Bang Deris Muharam.. 

Yang ni.. kau orang mesti ingat.. sebab ini le sempadan kampung kita.. ialah berdekatan dengan anak air... alah.. dekat dengan rumah arwah Bilal Jamil.... ada sesetengah kita mesti kenal dengan Chief.. anak beliau...

Dan yang ini pulak simpang empat traffic light (Simpang Kemendor)... Kalau dari Kampung kita.. ke sebelah kanan nak ke Kemendor, Kelubi..

Kalau ke sebelah kiri ke Taman Maju, Merlimau,.. etc

Jadi .. kalau tuan-tuan yang dah lama tak balik kampung tu... jenguk-jenguklah kampung kita...
Publish Post
Salam..... 

6 ulasan:

J-Biker berkata...

Kat sini dulu saya jadik rukun tetangga jaga kampung. Masa tuh baru tingkatan 2. Saya yang paling muda, tuh pun dapat join pasal anak tok lan..huhuhuh.
Ingat lagi masa tuh jaga kg ngan arman, mahathir, kolai, dak bert, dak john, tok bol dan ramai lagik dah lupa la...
kalau x salah tahun 1990

Tanpa Nama berkata...

kenapa rumah yg bertentangan dgn umah mok yam tu takde sape yg ambil gambar ye?...

mbikejbc berkata...

Insyallah.. nanti kami usahakan..

Tanpa Nama berkata...

salam...awak ttgal 1 nama laaa tok ank laki mak betah 2..ehhehe nma die abg samah...:) (cucu mak betah)

. berkata...

Salam... ye x ye jugak terlupalah.. Abg Samah yg duduk di Felcra Ramuan Cina

Daud berkata...

mmmmmmmmmm....nasib baik daq pian ingat....baguh piang ni...meAcheh be

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...