Buku Tamu

KENDURI KAMPUNG: MAJLIS TAHLIL DAN BERBUKA PUASA

Khamis, 25 Ogos 2011 · 2 comments

Salam ramadhan. Pengumuman kepada semua warga Kg Air Baruk Jasin termasuk yg di perantauan. Satu majlis tahlil dan berbuka puasa akan diadakan di Masjid Lama Air Baruk pada Jumaat ini 26/08/11 bermula jam 6pm. Semua dijemput hadir..

PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN PUASA

Sabtu, 25 Jun 2011 · 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Admin difahamkan bahawa satu program memasak bubur lambuk di bawah kendalian Tok Sidang iaitu Tn. Hj. Roslan bin Hj. Mohd. Din akan diadakan pada sepanjang bulan Ramadhan ini. Kepada sesiapa yang berminat dan sudi untuk menghulurkan bantuan dalam menjayakan program ini, bolehlah berhubung terus dengan beliau melalui talian telefon yang tertera di weblog ini.(0126826829)


Semoga program yang dijalankan nanti mendapat keberkatan dan keredaan dari Allah SWT. Terima kasih kepada semua.

Perompak/Pencuri Pecah Rumah

Ahad, 15 Mei 2011 · 1 comments


Nama Anda*:Hartini Razlan
Alamat Email *:hartini.razlan7@gmail.com



PER: Perompak/Pencuri Pecah Rumah


Assalamualaikum warga kampung,

Disini saya ingin membuat usulan kepada warga kampung melalui Admin supaya mengambil langkah berjaga pada keamanan kampung kita. Memandangkan kampung kita ni tak lagi aman mcm dulu2 dgn kejadian pecah rumah. Rumah saya juga sudah menjadi mangsa dan banyak lagi rumah yg sudah dipecah masuk. Disini saya sarankan supaya org2 kampung supaya membuat rondaan atau mengawal laluan keluar masuk kampung. Saya mendapat tahu yang kejadian ini bukan sahaja berlaku dikg kita malahan berleluasa sehingga ke Kampung Kesang Tua. Oleh itu sy berharap supaya org2 kg bekerjasama utk membenteras kejadian ini. Jangan smpi ada yg kehilangan nyawa utk mempertahankan harta benda kita.
Wassalam

Muhammad Bin Othman telah kembali ke Rahmatullah

Khamis, 21 April 2011 · 0 comments

As Salam dan salam sejahtera. Pagi tadi Admin dikejutkan dengan panggilan telefon oleh sahabat lama iaitu Saudara Chodet (Rashidi-Chenderah) yang memaklumkan bahawa Muhammad bin Othman (cucu X Sidang Mahadi: Kg.Air Baruk) telah kembali ke rahmatullah. Selang beberapa minit Nornisah @ Nonet turut menghubungi Admin menyampaikan berita yang sama. Kedua-dua mereka ini merupakan rakan karib Saudara Muhammad iaitu rakan sekolah.


Untuk pengetahuan penduduk Kg. Air Baruk, Muhammad merupakan anak kepada Bang Seman Mahadi iaitu cucu kepada Mantan Sidang Mahadi. Ibunya bernama Mak Cik Ara. Beliau adalah sebaya dengan Admin.. dan membesar bersama-sama di kampung, juga mengharungi zaman persekolahan. Bagi rakan-rakan  sezaman persekolahan dulu.. arwah merupakan seorang yang sangat ceria, suka menghangatkan suasana. Bagi penduduk kampung pula.. pasti kita masih ingat bahawa group arwah inilah yang kerap mengimarahkan masjid lama.. Pasti Saufi, Safuan, Sham dan beberapa rakan lain yang masih ingat kenangan ini. Moga dicucuri rahmat ke atas rohnya. . Kepada keluarga arwah.. ucapan takziah daripada penduduk kampung... Al Fatihah...Amin



Nostalgia 70an' Hingga 80an' (Bahagian 1)

Jumaat, 15 April 2011 · 0 comments

Nama Anda*AjiJasin
Alamat Email *ajijasin@yahoo.com.my
Perkara*Nostalgia 70an' Hingga 80an' (Bahagian 1)
Mesej*:Nostalgia Awal 70an hingga Awal 80an.

Seingat-ingat aku, masa aku kekecik, bebudak dulu, sekolah
rendah hinggaaku sekolah menengah…
kampung aku ni memang meriah betul...gamai betul orang...
semua gumah dalam kampung ni ada orang...

Masa tu…orang kampong tak da lah yang kaya raya…tapi
hidup dalam suasana meriah,
aman damai, harmoni, bergotong royong, tolong menolong,
berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing, sedih sama bersedih, ketawa sama sama terbahak
bahak ketawa… 

Yang ada televisyen masa tu boleh kira..
Gitu jugak yang ada keta..

Masa tu falsafah orang kampong…
anak engkau anak aku, anak aku anak engkau, 
sama sama boleh tegur, silap silap kalu kurang ajar… 
boleh kena penampau pun boleh…

bebudak sekolah masa tu…sekolah menengah ke…
sekolah rendah apatah lagi…
tak berani hisap rokok depan orang yang tua tua…
dan depan yang peringkat abang abang…
mau nya kena tunjal kepala…kena penampau…
memang tak boley…kurang ajau…

“what the good old days”…
seems I’m very very missed it all…
what the memories are…

Cerita gambaran kampong, Awal Tahun 70an dan Awal 80an...

Orang orang tua.
Zaman tu, yang tua tua aku ingat memang dah tua:(umur atas 55 tahun)
Tok Musa,Nek Samy, Tok Jaalam, Nek Nyot, Nek Seknah,
Nek Simah, Long Ilah, Hj Putih,
Hj Tompang, Nek Buruk Latah, Nek Saknom,
Wak Das (beliau ni memang Jawa
pekat datang dari tanah Jawa – moyang aku – Demang Hj Abu -
dia kenal dan kawan baik –dari cerita dia – roman/rupa aku
macam moyang aku la tu – dia selalu lepak dengan moyang
aku kat gumah aku tu la – moyang aku selalu ajak dia
makan minum),Tok Nyayam,Hj Muharam, Tok Hasan (Tok Rugged),
Wan Peah, Wan Bidah, Nek Yam
(rumah kat sebelah masjid lama tu, mak Kak Wan),
Tok Chatim, Tok Atop,Wan Nipah, Tok Chenteh,
Tok Nyonga, Tok Minah Kota, Tok Tompang,
gamai lagi lah, kalu aku ingat lagi orang tua tua masa tu,
aku bagi tau lagi...
(semuanya dah meninggal dunia...alfatihah)

HJ. RASIP TAMAN BAHAGIA 1 TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Selasa, 8 Mac 2011 · 0 comments

Salam kepada semua warga dan kariah Kg. Air Baruk.. Hj. Rasip (Taman Bahagia 1) telah kembali ke rahmatullah pagi tadi (07/03/2011di Hospital Besar Melaka. Berita telah diterima melalui sms anak arwah iaitu Puan Maszelina bte Rasip. Menurut anak bongsunya, arwah telah lama terlantar sakit dan ditempatkan di wad ICU, Hospital Besar Melaka.

Semasa hayat beliau, penglibatan arwah dengan masyarakat setempat amat aktif seperti penyediaan bubur lambok dan menguruskan daging korban di Masjid. Takziah kepada ahli keluarga beliau iaitu kepada isteri, anak-anank (Maszidah bte Rasip, Mazni bte Rasip dan Maszelina bte Rasip) serta keluarga. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah. Amin


Mak Long Wajal Telah Kembali Ke Rahmatullah

Jumaat, 25 Februari 2011 · 0 comments

Salam sejahtera.
Kita dikejutkan sekali mengenai berita kematian.... iaitu Mak Long Wajal atau nama sebenarnya Jariah bte Alias yang telah kembali ke Rahmatullah iaitu pada jam 09.40am di Hospital Jasin. Seperti biasa Tok Lan @ Tok Sidang menghubungi Admin pada 10.30am. Admin terus ke Hospital Jasin di Unit Kecemasan dan sempat bertemu dan berbual dengan suami arwah Mak Long Wajal iaitu Pak Long Abas sementara Tok Lan dan Saudara Fendi Yahya menyelesai beberapa urusan membawa jenazah balik ke rumah.

Menurut Pak Long Abas, arwah sudah hampir sebulan terlantar sakit. Arwah masih mempunyai 2 orang adik beradik lagi iaitu Busu Adam dan Pak Ndak Aziz. dikhabarkan bahawa Pak Ndak Aziz juga tidak berapa sihat dan terlantar sakit hampir 6 bulan.

Terima kasih kepada pihak-pihak yang teribat dalam pengurusan jenazah. Bagi pihak warga Kg. Air Baruk.. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatehah.. Amin.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PENGURUSAN JENAZAH ARWAH MAK LONG WAJAL












Sampaikan Pesanan Anda


Nama Anda
Alamat Email
Perkara
Mesej
Pengecaman Imej
Masuk Teks dari Imej
[ Isikan Semula ] [ Apa Ini? ]

Related Posts with Thumbnails

Sembang Kat Sini



KOMEN/PANDANGAN TERKINI

Perhatian

Sekiranya anda ingin menyumbangkan artikel atau cerita-cerita menarik mengenai kampung kita, sila berikan email anda dan anda diberi authority untuk menulis di blog ini. Isikan maklumat tersebut di Kotak "Pesanan Anda" Sekian dan Terima Kasih

Hadis Terkini

Barangsiapa berselawat untukku sekali, maka tidak baginya dosa walaupun sebesar zarah atau biji sawi. Rujukan dari: Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd Penulis oleh: Said bin Che Ros
Kiriman oleh: Adik Awira

Kami Di Sini