Perkara: PROMOSI BLOG KG AIR BARUK
1. Bantuan dari Tok Penghulu diperlukan kerana sokongan yang kuat amatlah diperlukan di sini.
2. Bantuan kepada semua yang terlibat mengusahakan Blog Kg Air Baruk ini juga amatlah diperlukan terutamanya dari segi menyiapkan kertas kerja dan beberapa surat yang akan diberikan kepada pihak yang berkenaan.
3. Negeri Melaka ada beberapa pecahan. Apa kata kita minta bantuan dari pihak media seperti radio melaka. Agar Radio Melaka boleh memaklumkan kepada semua pendengar radio melaka boleh mengunjungi Hit Blog Kg Air Baruk setiap hari.Berikan laman web kepada pendengar. Bukan setakat sekali. Tetapi beberapa kali setiap hari. Ini adalah tugar DJ2 Radio Melaka. Sentiasa memberikan laman web ini dari semasa ke semasa. Semasa pembukaan siaran. pertengahan siaran, sebelum sebarang iklan penaja disiarakan dan sebelum penutup siaran.
3. Bantuan DJ2 Majlis Perkahwinan juga diperlukan untuk menghebahkan laman web ini maksudkan Hit Blog ini sendiri. Semasa DJ2 Majlis Perkahwinan sedang menjalankan tugas seringlah memberitahu kepada para jemputan majlis untuk memberitahu Hit Blog ini dan laman webnya kepada semua. Ini boleh membantu.
3. Bantuan guru-guru sekolah di seluruh Melaka terutamanya kawasan Jasin dan sekolah2 sekitarnya. Guru-guru memainkan peranan di sini. Ada faedahnya jika para pelajar ke Hit Blog ini dalam masa yang sama para pelajar tidak BUTA IT dan tahu menggunakan Internet juga Blog, tahu bagaimana untuk turut serta memberi sumbangan artikel yang berfaedah ke dalam Blog seperti ini. Terutamanya pelajar-pelajar sekolah menengah mereka ini golongan pelajar yang kreatif dan banyak idea yang benas yang kita sendiri pun tidak terlintas untuk memikirkan seperti mereka. Mulai sekarang, Semua guru-guru sila jalankan peranan anda. Terutamanya SEKOLAH KEBANGSAAN AIR BARUK DAN SEKOLAH MENENGAH DATUK BENDAHARA. Bergerak sekarang. Cikgu2 berikan alamat laman web kepada mereka. Berikan \\\'assignment\\\' kepada mereka melalui Blog ini. Ha! Suruh mereka buka Blog Kg Air Baruk ini untuk mendapatkan pesanan guru-guru mereka.kalau nak cepat sebelum memulakan pengajaran setiap guru tulis alamat Hit Blog ini kat papan tulis dalam darjah. Suruh para pelajar salin dan balik rumah tengok apa yang ada dalam Hit Blok Kg Air Baruk, esok beri lapuran pada cikgu apa yang kamu dapat dalam Hit Blog ini. (Eh, macam saya pulak cikgu) Boleh, kan?
4. Tok Penghulu atau sesiapa sahaja. Cuba buatkan cebisan nota yang kecil. Buat banyak2 dan tuliskan alamat Hit Blog Kg Air Baruk ini seberapa banyak yang boleh. Selitkan ke dalam suratkhabar harian yang dijual di setiap kedai yang ada menjual suratkhabar. Minta bantuan Wakil rakyat secara bersurat atau Tok Penghulu untuk ditujukan kepada para peniaga ini supaya tidak mengenakan sebarang bayaran untuk cebisan nota yang tidak seberapa itu sebagai iklan kepada semua penduduk Jasin Senang,kan?
5. Semua kakitangan awam yang ada di sekitar Melaka terutamanya sekitar Jasin. Setiap hari tolong berikan maklumat semasa dari Jabatan anda. Terutamanya dari Majlis Daerah Tanah. Mana tau nak beritahu ada kekurangan bayaran cukai tanah ke..kih,kih,kih...Majlis Perbandaran Jasin. Mana la tau nak beritahu bayaran parking kereta percuma untuk sejam pertama ke....kih,kih,kih. Majlis Agama Islam. Manala tau nak beritahu semua para suami perlu mendapatkan persetujuan secara bertulis dan tandangan secara jelas dari isteri jika nak kahwin yang lain ke....kih,kih,kih... Pejabat Polis Jasin, manalah tau nak beritahu jabatan akan meletakkan kamera latar di setiap kawasan ke...kih,kih,kih. Pejabat Balai Bomba Jasin, manala tau nak beritahu kepada sesiapa yang membuat panggilan palsu akan dijatuhkan hukuman membersihkan kawasan Balai Bomba termasuk kenderaan yang digunakan selama setahun ke...kih,kih,kih. Pejabat Pos Jasin, manala tau nak beritahu sesiapa yang melangsaikan bil paling banyak akan mendapat cenderahati ke...kih,kih...
6. Sebarang Jemputan Majlis yang diadakan boleh ditulis di ruangan ini. Senang,kan?
APA KATA CADANGAN SAYA INI DILAKSANAKAN. KITA LIHAT PERUBAHANNYA SELAMA 2 BULAN AKAN DATANG. BAGAIMANA PRESTASINYA? PERCAYALAH JIKA SEMUA CADANGAN YANG SAYA BERIKAN INI DILAKSANAKAN. HIT BLOG INI BOLEH MENCECAH REKOD YANG TIDAK DISANGKAKAN.
HIDUP KAMPUNG AIR BARUK!!!!!!
Ikhlas,
MUNAWIRAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan