Selasa, 18 Mei 2010

Gambar Lama - Seribu Satu Kenangan (Sekitar Tahun 50-an)

Berdiri L – R : Md Zin(Spg Krayong), Aris Mahmud(Rim), Mansor Tompang, Hashim(Polis Jasin), Md. Sibi Sameon, Muhammad Talib, Husin Salleh, Abas Daud, Nordin Hamid, Ali Wahab, Aris Harun , Abu Halus.

Membongkok L - R : Md.Nor Ahmad, Osman Mahadi, Karim Salleh.
Duduk L - R : Hamzah Kudus, Maizan Aman, Aziz Mahadi, Mohammad MKg. Air Barok : Awal 1960an. Untuk Kenangan Anak Cucu eni (Sidang Baba), Hj. Mahmud Yunus, Nordin Saad, Ali Abdullah (Busu Ali), Cikgu Omar Yaakub, Kulop Md Yasin, Zainab Kulop, Hassan Jeni.


CATATAN: Gambar ini diambil ketika majlis sukan Sekolah Melayu Jasin (Sekarang ini Sekolah Kebangsaan Jasin) diadakan sekitar tahun 50an .. Kebanyakan mereka di dalam gambar ini baru selesai menyertai Pertandingan Tarik Tali... (Maklumat oleh: Abg Md.Jip)


Gambar Ihsan: Datuk Rahim Abdul Aziz..
Di ambil dari: Cikgu Atan

1 ulasan:

Abdul Rahim berkata...

Terima kasih,Cikgu Atan kerana telah dapat 'tag' mereka mereka didalam gambar.
Gambar ini saya simpan dari dulu lagi-ianya kepunyaan arwah Ayah saya.
Sekali sekala saya belek gambar ini utk melihat wajah wajah orang orang tua kita-yang telah pergi dan juga yang masih hidup.
Saya masih teringat pergi menjala diSungai Air Barok bersama sama arwah Ayah serta rakan rakan beliau yang berada didalam gambar.Waktu menjala selalunya pada malam hari-kerana ketika itu banyak udang galah.Pernah kita bawa balik satu besin besar udang galah sahaja!

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...