Selasa, 25 Mei 2010

Aspan bin Sameon Telah Kembali Ke Rahmatullah

Salam kepada semua warga Kampung Air Baruk. Diberitakan bahawa Aspan bin Hj. Sameon telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi. Berita disampaikan oleh Saudara Saufi Hj.Mohd. Din (Chalus). Mengikut Saudara Saufi, jenazah akan dikebumikan di pada pagi esok di Tangkak, Johor. Bagi mereka yang membaca berita ini harap dapat sebarkan kepada saudara dan rakan-rakan kita yang mengenali Allahyarham..
Untuk maklumat, arwah merupakan anak kedua kepada Allahyarham Hj. Sameon yang terkenal dengan satay Jasin disuatu ketika dahulu. Bertugas sebagai anggota Polis dan lama berkhidmat di Bukit Serampang, Johor. Adik beradik Allahyarham ialah Azmi Sameon (Pak Dek), Adnan (Pak Nan), arwah Mohd Sibi, Pak Idin, Busu Kamal (Kamai), Pak Usop (Yusof Sameon-Pemain Hoki Negara tahun 80-an), Bang Olan (Roslan Sameon)
Semoga dicucuri rahmat ke atas roh beliau. Admin akan kemaskini berita ini jika mendapat maklumat terkini. Terima kasih kepada Saudara Saufi (Chalus).

Klik Di Sini: Sumber Bahan
Depan: Arwah Busu Ali, Baris ke 2 kanan: Arwah Pak Ngah Aspan....... 1957 (Depan Masjid Lama Kg. Air Baruk)

Klik di sini : SUMBER BAHAN

Dari Kiri: Arwah Pak Teh Ibrahim, Arwah Busu Ali, Arwah Pak Ngah Aspan

Gambar Ihsan: Cikgu Aizzuddin bin Ali aka Cikgu Atan (FB: Aizzuddin Ali Din)

Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...