Nama Anda: Adik Wira
Alamat Email : awina78@gmail.com
Perkara: CADANGAN...
Mesej: Assalamualaikum...
Bertemu kembali.
Sekali lagi kita digemparkan dengan berita salah seorang penduduk yang meninggal dunia. Begitulah akhirnya...kita pasti akan kembalin kepada yang berhak. Kita hanya mendengar berita mengenai Kampung Air Baruk dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan setiap hari kita mendapat berita terkini melalui blog ini.Cadangan saya...apa kata Tok penghulu buka satu akaun khusus untuk memudahkan warga kampung Air Baruk yg berada di luar kawasan untuk memberi sumbangan. Jadi apabila ada sesiapa penduduk Kampung Air Baruk yang meninggal. Bolehlah sedikit dari tabungan itu dikeluarkan bagi tujuan derma kilat. Bukan itu sahaja dalam masa yang sama Tok Penghulu boleh menggunakan wang simpanan tersebut untuk kegunaan kemajuan Kampung Air Baruk seperti:
- Sumbangan derma kilat untuk waris yang meninggal.
- Sumbangan ikhlas untuk warga tua.
- Sumbangan ikhlas untuk penduduk yang memerlukan.
- Kenduri di masjid.
- Elaun untuk penggali kubur yg bertugas membersihkan kawasan kubur.
- Elaun untuk penjaga malam yg menjaga ketenteraman Kampung Air Baruk sepanjang malam.
- Kenduri di surau.
- Sumbangan untuk majlis perkahwinan.
- Sumbangan untuk majlis kenduri.
- Perbelanjaan untuk sebarang baikpulih Kampung Air Baruk.
- Lain-lain yang berkaitan untuk kegunaan yang perlu bagi Kampung Air Baruk.Saya akui yang kita sudah ada Bendahari Kampung Air Baruk. Dalam masa yang sama mungkin juga ada tabung khas Kampung Air BAruk yang sedang disedia guna. Kali ini kita lagi seorang lagi warga Kampung Air Baruk yang tinggal di Kampung Air Baruk untuk mengawal segala keluar masuk wang simpanan ini khusus untuk hal-hal seperti yang disebutkan. Atau boleh menggunakan akaun yang tersedia ada sahaja. Cuma maklumkan sahaja kepada yang ingin tahu nombor akaunnya. Bendahari yang sedia ada boleh memantau atau jika tidak keberatan mungkin beliau boleh memikul tanggungjwab ini.
Jadi...tak perlulah bila ada sesuatu hal maka tatkala itu ler sumber kewangan perlu dicari bersama.
Jadi..bila-bila masa warga Kampung Air Baruk boleh bank-in sumbangan ikhlasnya secara terus.
Ini hanya cadangan sahaja....
Sebarang kekurangan mohon maaf...
Bila yek..musim manggis...? Tak sabar lak nak balik kampung lagi...
Apa yang menarik lagi ye...di sana sekarang...
Apa yang menarik kali ini...?
Ulasan Admin: Cadangan yang menarik., boleh difikirkan… TQ adik Wira
Tiada ulasan:
Catat Ulasan