Nama Anda: Adik Wira
Alamat Email : awina78@gmail.com
Perkara: BAS SKA
Mesej: Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Dapat bertemu semula bersama anda semua terutamanya warga Kampung Air Baruk yang berada di dalam dan di luar kampung. Baru-baru ini saya balik ke kampung. Seronok! Walaupun sunyi...tapi mendamaikan jiwa dan mula teringat kenangan masa kecil2 dulu...
Saya nak mulakan cerita dengan BAS SKA. Bas Syarikat Kenderaan Aziz. Betul? Jika saya silap sila betulkan. Bas ini ke Melaka dan akan melalui kampung kita sebagai laluan utamanya untuk ke Bandar Melaka dari Jasin dan ke Pekan Jasin (dulu dipanggil pekan tapi sekarang....peh!) dari Bandar Melaka.
Laluannya Kampung Air Baruk, Kesang, Air Panas, Air Duyung, Bemban, Air Keroh dan sampai ke Perhentian Bas Melaka yang berdepan dengan Pusat membeli belah.
Saya selalu naik bas SKA ni...terutamanya nak ke Jasin. Hari Sabtu mesti naik bas SKA ni sebab nak ke pasar minggu atas bukit tu kat Taman Muhibbah tu.Syok naik bas. Tingkap separuh. Dapat rasa angin masuk...peh! best betul...saya masih sempat dengan tambang bas RM0.20 lagi. Sekarang tak tau ler berapa lak. Dah tak naik dah. Yang bestnya driver bas SKA ni...semua mesti kenal.Dah arwah dah pakcik tu..(AL-FATIHAH) Pemandu terhandal dan rempit. Syok....Tergelak-gelak naik bas SKA ni...sebab best...
Lagi satu yang best...sekejap2 berhenti ambil atau turankan penumpang. Tak boleh nak tidur...Kejap jalan kejap berhenti. Best...
Sesiapa nak tambah pasal Bas SKA silakan. Ini hanya pengalaman saya...mungkin pengalaman anda lagi menyeronokkan.
Itu pembukaan cerita saya mengenai Kampung Air Baruk...Untuk cerita yang selanjutnya....saya cuba untuk senaraikan penduduk Kampung Air Baruk Sebelah julu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan