Selasa, 20 April 2010

Cerita Dari zainal_mohammad@yahoo.com.my

Adik Wira, kalau nak senaraikan penduduk belah julu dikira dari rumah aruah ode jamil, tok setap, Tok Hassan dan ramai lagi yang adik tak pernah jumpa. Saya sekolah di SKKT tahun 1974, pergi dan balik jalan kaki. masa tu, saya boleh hafal semua rumah penduduk dispg jalan ke sekolah dan apa peristiwa. Kalau adik wira nak tahu, bumibas tu lebih kurang macam bas mini. masa tu, jalan dari Ulu Duyung ke Air Keroh hanya pokok getah sahaja yang boleh. Kalau ada penumpang pun hanya akan berhenti di kawasan kampung gapam. Pulak tu, bas tersebut selalu mengalami kerosakan di kawasan mendaki bukit. sekarang ni hadapan padang golf Tiara. Disebabkan kekurangan penumpang dan kekurangan penumpang, perkhidmatan bas tersebut terhenti begitu saja.

Cerita tentang orang disebelah julu, ketika dahulu memang ramai penduduknya kalau dikira dari julu rumah ode jamil, rumah makcik sepu, rumah tok hassan, rumah rumah pak mat, rumah mariam tukang andam, rumah busu nekmah dan banyak lagi yang telah berhijrah ke luar kampung seperti aruah hussin/joyah serta yang ditinggalkan kosong dan runtuh begitu saja seperti yang kita lihat sekarang ini.Untuk makluman adik wira, zon permainan budak sebelah julu sampai di rumah aruah pakcik karim sahaja dan kurang bercampur dengan orang disebelah jilir.

Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...