Selasa, 30 Mac 2010

Mesej Dari Adik Awina

Nama Anda: Adik Awira
Alamat Email : awina78@gmail.com
Perkara: SUASANA SEPERTI BIASA...
Mesej: Assalamualaikum...


Alhamdulilah....Dapat juga 3 hari saya jejak kaki saya ke Kampung Air Baruk....Seronok...Hilang masalah sekejap...Masalah KL yang difikir-fikir terus lenyap dan lupa langsung bila dok Kampung Air Baruk....Syok.....Sunyi macam yang sebelum ini...tetap sunyi...tapi best! 
Tak ada gangguan langsung...tidur pun lena yang amat sangat. Tak tau macam mana nak cerita dah...cuma yang tak syoknya..banyak rumah yang tinggal...hanya tinggal pakcik-pakcik dan makcik-makcik aje...yang ada kat sana. Anak-anak muda saya tak jumpa. Kalau ada hanya segelintir kecil sahaja. Sempat juga menegur dan ditegur...(Bila ko balik dik?) Itu soalan yang pertama saya terima bila terserempak dgn warga emas di kampung...apa pun saya rasa seronok dok kampung Air Baruk ni...walaupun hanya untuk beberapa hari sahaja. Apa nak buat saya perlu mencari rezeki di KL. Tapi saya tak akan lupa Kampung Air Baruk... 
Perubahan lain. Pasar Jasin hampir dibuka.Dah siap dah...cantik. Seragam. 
Itu aje ler...yang saya nampak perubahan ketara. Tak ramai orang kampung yang dapat saya jumpa...Mungkin masing-masing dengan hal masing-masing.

Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...