Jumaat, 19 Mac 2010
Ismail bin Abu Hassan telah kembali ke Rahmatullah: Al Fatihah… Amin
Semalam…. seorang lagi warga Kg. Air Baruk telah kembali ke Rahmatullah.. Allah SWT.. lebih menyayangi beliau… Ismail bin Abu Hassan.. atau lebih dikenali dengan nama gelaran anak-anak buah di kampung.. Pok De Mail… Semasa hayat beliau.. beliau amat disenangi oleh anak-anak muda kampung…. mudah bergaul dengan masyarakat..
Kalau tak silap penulis.. arwah dilahirkan pada tahun 1955 (sumber: Pak Dol)… Pernah berhijrah ke Kuala Lumpur bersama rakan-rakan sekampung bekerja di Jabatan Kerja Raya (bersama Hanafiah Nasir, Tojit Nyonya.. etc).. Penulis difaham arwah mengidap penyakit hipetitis B… Kesakitan beliau amat ketara 2 bulan kebelakangan ini..
Di kampung.. arwah ada membuka warong yang diusahakan bersama Mok De (isteri arwah)… Di sekitar Jasin ni.. memang ramai yang tahu.. nasi lemak yang dibuat arwah suami isteri memang special… special dengan sambal ala-ala tradisional… Sebelum penulis berpindah ke Tanjung Malim.. penulis memang kerap bersarapan di warong arwah sebelum ke tempat kerja.. Kekadang.. sempat juga penulis bekalkan suratkhabar lama untuk digunakan membungkus nasi lemak..
Arwah sangat rajin ketika hayatnya… selain meniaga di warong yang diuruskan oleh isterinya..beliau bekerja sebagai tukang kebun di SK.Kesang Tua… dan mengambil upah memotong rumput di waktu cuti dan kelapangan.
Kepada semua warga Kg. Air Baruk… marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah kepada arwah.. semoga dicucuri rahmat ke atas roh beliau.. Al Fatihah…. Amin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk
As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...
-
Salam dan selamat pagi... Baru sebentar tadi (12.45am 4 April 2009) penulis mendapat sms dari Tok Sidang (Tok Lan) yang membawa berita kemat...
-
Salam kepada semua warga Air Baruk... Admin baru menrima sms jam 4.28am tadi yang mengatakan bahawa Pak Cik Jabar Hj.Lasim telah kembali ke ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hidup mati, ajal maut semuanya adalah ketentuan Ilahi. Begitu juga dengan sahabat penulis, rakan seper...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan