Ahad, 9 Ogos 2009

KENDURI KAMPUNG 14/08/09 - DI MASJID KG. AIR BARUK

Salam kepada semua warga kampung..... Baru sebentar tadi Tok Sidang berjumpa dengan penulis memaklumkan mengenai kenduri kampung yang akan diadakan pada 14/08/09 di Masjid Kg. Air Baruk. Jadi kepada warga kampung yang berada di luar sana.. sudi-sudikanlah hadir di majlis tersebut. Menurut Tok Sidang lagi.. kenduri ni merupakan kenduri kesyukuran dan sempena tamat belajar fardu ain penduduk kampung. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah SWT keamanan dan kemakmuran yang dianugerahkan. Semoga dengan majlis ini dapat merapatkan lagi ukhwah sesama kita.. Amin

KEPADA SESIAPA YANG SUDI UNTUK MENDERMA DAN MENGHULURKAN BANTUAN DARI SEGI KEWANGAN DAN KEPERLUAN LAIN, BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN TOK SIDANG (0126826829) ATAU PENGERUSI MASJID KG. AIR BARUK SAUDARA AIZZUDDIN@CIKGU ATAN (0136840224)


Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...