Rabu, 29 Julai 2009

Perkahwinan Anak Tok Sidang@Tok Lan


Salam.. Kepada Warga Air Baruk.... Dan lama tak update blog ini. Sebenarnya Admin ada masalah line TM.Net di sini. Dah hampir 3 minggu tak dapat nak beronline. Sesekali guna Celcom Broadband.. tapi line kat sini tak coverup 3G... terpaksa guna GPRS. Punyalah lembab.. macam kambing kena tambat. Nak tunggu buka 1 muka surat, boleh pergi minum air dulu baru selesai satu muka surat.. teramatlah seksanya. Ok.. lupakan kisah tu...

Minggu ni... jangan lupa.. Walimatulurus di rumah Tok Sidang@Tok Lan iaitu pada 02.08.09.. Hari Ahad. Diharap semua dapat hadir dan sama-sama meraikan majlis tersebut. Moga-moga majlis diberkati.. Amin. Ini merupakan perkahwinan anak bongsu Tok Lan dan dijangkakan majlis ni sangatlah meriah. Insyallah penulis akan balik untuk sama-sama meraikannya..



Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...