Ahad, 28 Jun 2009

Pak Cik Anwar Songkok Telah Kembali Ke Rahmatullah


Salam kepada semua warga dan perantau Kg.Air Baruk. Dimaklumkan bahawa Pak Cik Anwar Songkok telah kembali ke rahmatullah petang semalam dan diberitakan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Maju, Jasin. Bagi pihak warga kampung.. Admin mengucapkan takziah kepada keluarga arwah.

Bagi warga kampung..arwah Pak cik Anwar sememangnya rapat dengan warga kampung kerana keluarga arwah pernah tinggal di kampung ini.Beliau berasal dari Minangkabau, Sumatra, Indonesia

Sesuatu yang sangat dirasai ialah apabila tiba Hari Raya... Kebanyakan warga kampung akan menempah Baju Melayu, Songkok dan capal. 
Arwah mempunyai kedai di Pekan Jasin iaitu bersebelahan dengan Kedai Nazri Nordin dan berdepan dengan warong Busu Yahya. Arwah bukan sehaja menerima tempahan baju melayu, songkok dan capal malahan di kedai beliau ada menjual peralatan ibadat seperti sejadah, AlQuran, buku-buku ibadah. Di Jasin sebut sahaja Anwar Songkok, ramai yang kenal kerana kehebatannya membuat songkok.

Semoga dicucuri rahmat ke atas roh beliau marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah... Amin


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://lumerkoz.edu Help me to find the, http://barborazychova.com/members/Buy-Lipitor.aspx brucella ndokayi http://www.comicspace.com/paroxetine/ poet http://www.lovespeaks.org/profiles/blogs/buy-prilosec swim http://soundcloud.com/buy-nifedipine glanmire regenerative http://epsaservicecenter.com/members/Buy-Cipro.aspx sandals

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...