Salam kepada semua warga Kg. Air Baruk tidak kira di mana anda berada.. Hj. Zaki bin Hj. Abdul Malik ataupun lebih dikenali sebagai Abang Zaki (anak Mak Jah) telahpun kembali ke Rahmatullah malam tadi (06.06.09) pada pukul 12.30 pagi. Berita ini disampaikan oleh adik arwah iaitu Abdullah (Cik Dol) melalui sms pada 1.24am. Arwah menghembuskan nafas terakhir di ICU, Hospital Besar Melaka. Difahamkan sebelum ini arwah telahpun menjalani rawatan dan pembedahan berkaitan dengan kanser pankerias di Hospital Besar Selayang pada 11.03.06. .Terima kasih atas makluman ini. Sedikit mengenai biodata arwah... Nama penuh beliau ialah Hj. Zaki bin Hj. Abdul Malik. Lahir pada 15.09.50 dan merupakan anak ke 2. Berjawatan Pengurus Pertanian Daerah Melaka Tengah sebelum menamatkan kerjaya beliau (pencen). Mempunyai 5 orang anak. Beliau yang penulis kenal merupakan seorang yang berprinsip dan sangat tegas.... Mempunyai idea dan karisme dalam berpolitik.. seorang yang sangat lantang apabila memberikan pandangan dan pendapat. Ini dapat dilihat apabila beliau menghadiri perjumpaan dan mesyuarat belia, UMNO ataupun JKK. Arwah bapa beliau juga merupakan bekas seorang wakil rakyat yang seangkatan dengan arwah Tun Ghaffar Baba. Kali terakhir penulis bertemu beliau ialah semasa menghadiri kenduri di rumah Mak Jah. (Kalau tak silap, tahun lepas) di mana beliau sendiri yang mengetuai majlis tahlil tersebut. Memang beliau mempunyai suara yang lunak bila melagukan surah-surah dan ayat suci Al Quran. Dari segi pergaulan pula, tidak kira samada tua atau muda... beliau boleh bersama-sama... Teringat penulis dan geng-geng kampung (termasuk adik beliau: Abdul Mutalib.. sebaya penulis) pada satu ketika iaitu tahun 80-an...bermain gitar di bawah pokok ciku sambil menyanyi... Apabila melihat arwah datang ke arah kami.. semua yang ada di situ senyap... Kami fikir, beliau akan menegur dan marah... rupanya beliau nak join sekali. Teringat lagi suara beliau yang besar dan garau menyanyikan lagu seroja sambil bermain gitar di hadapan kami.... Disamping itu, sempat juga dihulurkan nasihat pada anak-anak muda seperti kami. Itulah kelebihan arwah. Sebak rasa bila teringatkan kenangan tu. Penulis bagi pihak penduduk kampung mengucapkan takziah kepada keluarga Mak Jah... Kami doakan semoga dicucuri rahmat ke atas roh beliau.. Al Fatihah... Amin p/s.. sekiranya ada gambar-gambar arwah yang nak disiarkan di sini bolehlah email kepada penulis untuk diruangan ini. Untuk tatapan saudara-saudara dan rakan taulan..... |
Ahad, 7 Jun 2009
Hj.Zaki bin Hj.Abdul Malik telah kembali ke Rahmatullah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk
As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...
-
Salam dan selamat pagi... Baru sebentar tadi (12.45am 4 April 2009) penulis mendapat sms dari Tok Sidang (Tok Lan) yang membawa berita kemat...
-
Salam kepada semua warga Air Baruk... Admin baru menrima sms jam 4.28am tadi yang mengatakan bahawa Pak Cik Jabar Hj.Lasim telah kembali ke ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hidup mati, ajal maut semuanya adalah ketentuan Ilahi. Begitu juga dengan sahabat penulis, rakan seper...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan