Salam kepada warga Kg.Air Baruk dan surfer-surfer... Petang tadi penulis ada menghubungi Saudara Padil Md.Diah... Saja bertanya khabar berita tentang kampung. Sambil berbual-bual, terkeluarlah cerita mengenai kecurian dan pecah rumah di rumah Mak Jah.... Terkejut penulis mendengarnya. Untuk mendapatkan cerita selanjutnya penulis terus menghubungi Cik Dol (anak Mak Jah).. dan Cik Dol mengesahkannya. Kata Cik Dol.. kejadian tu berlaku ketika semua keluarga beliau ke rumah arwah Abang Zaki menghadiri tahlil dan doa selamat. Mereka menyedari apabila balik ke rumah malam tu sekitar jam 12.00am. Si penyamun tu dapatlah juga barang-barang berharga.. mujurlah laptop yang ada kat rumah tu tak hilang... Minggu lepas.. Mak Mertua Saudara Padil di samun...Kejadian tu berlaku kat rumah... Kalau tak silap penulis.. kejadian tu berlaku siang hari. Modus operandinya sama iaitu barang kemas. Sekarang ni kejadian ragut, samun dan pecah rumah kerap berlaku. Kalau dulu... di kampung kita ni di wujudkan rukuntetangga... Ataupun kumpulan berjaga malam.. Teringat di awal-awal 70an dan 80an... Bukan setakat berjaga malahan disiapkan air minuman dan makanan lagi. Meriah jadinya.. bila meronda tu .. adalah diberi kata kunci (keyword).. jadi kalau terserampak sesama sendiri.. kata kunci tulah yg jadi penentu samada kawan atau penyamun.. Hi..hi.. kalau silap bagi kata kunci.. kena belasah le.... Tapi rasanya tak berlaku kejadian yang tak diingini. Agaknya mungkin boleh difikirkan semula idea berjaga malam ni... Salam.... |
Jumaat, 12 Jun 2009
Kecurian Di Rumah Mak Jah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk
As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...
-
Salam dan selamat pagi... Baru sebentar tadi (12.45am 4 April 2009) penulis mendapat sms dari Tok Sidang (Tok Lan) yang membawa berita kemat...
-
Salam kepada semua warga Air Baruk... Admin baru menrima sms jam 4.28am tadi yang mengatakan bahawa Pak Cik Jabar Hj.Lasim telah kembali ke ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hidup mati, ajal maut semuanya adalah ketentuan Ilahi. Begitu juga dengan sahabat penulis, rakan seper...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan