Nama Anda: Adik Wira Alamat Email : awira_sham@yahoo.com Perkara: Anak Jati Kg Air Barok Mesej: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada warga penduduk Kg Air Barok samada yg masih menetap di sana atau berhijrah mencari rezeki di perantauan. Alhamdulilah. Peredaran masa dan teknologi dari sumbangan Al Quran dan As Sunnah dapat jua kita bersam-sama mengeratkan silaturrahim sesama kita walaupun berjauhan. Saya dilahirkan di Kg Air Barok. Dibesarkan dari keluarga yg sederhana tapi cukup sempurna walaupun bukan dari golongan yg mewah. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jasin dan Sekolah Agama Kg Air Barok yang suatu ketika dulu dibina di bawah naungan Institut SARA betul-betul belakang Masjid Kg Air Barok. Kini bangunan itu sudah tiada lagi tapi ia cukup bersejarah kepada saya setiap kali saya pulang ke Kg Air Baruk. Arwah abah saya seorang bekas polis kawasan Jasin dan emak saya seorang bekas pendidik dari Sekolah Kebangsaan Kesang Tua. Saya ada 4 orang adik-beradik. Saya gembira menetap di Kg Air BArok suatu ketika dulu. Kehidupan di sana amatlah tenteram walaupun sebelah malam selepas jam 9.00malam suasana agak sunyi sepi tapi ia cukup menenangkan fikiran dan jiwa. Penduduk-penduduk di Kg Air Barok juga sangat ramah mesra dan saling bantu- membantu antara satu sama lain, terutama jika ada majlis perkahwinan di sana. Cukup meriah. Arwah abah dan emak saya selalu membawa saya turut serta dengan sebarang majlis yang diadakan di Kg Air Barok. Namun begitu apa yang menyedihkan saya sekarang apabila pulang ke sana terlalu banyak rumah yang ditinggalkan dan tidak diurus dengan baik. Tidak dinafikan ini kerana rumah-rumah yang ditinggal tidak lagi ada penghuninya. Dan segalanya ditinggalkan kepada anak-anak yang berhijrah diluar kawasan juga tidak mempunyai masa untuk mengelolakan rumah peninggalan arawah keluarga masing-masing. Tapi saya menyeru kepada anak-anak yang pernah membesar di Kg Air BArok supaya menghidupkan kembali suasana yang ceria dan gembira walaupun tiada penghuni di dalam rumah. Maksud saya, rumah yang ditinggalkan dijaga semuala dengan rapi seperti seolah-olah ada penghuni di dalamnya. Tidak menjadi kesalahan jika kita meluangkan masa dalan sehari dua untuk pulang ke sana melihah rumah dan melihat keadaan sekeliling. Terus terang setiap kali saya pulang ke sana hati saya cukup sayu melihat rumah-rumah yang ditinggalkan. Ada juga rumah yang penuh dengan semak-samun seperti hutan belantara. Kita cuba luangkan masa untuk pulang kesana. Lagipun di sanalah kenangan kita semasa kecil dahulu,kan? Kepada Tok sidang. Tahniah saya ucapkan di atas perlantikan baru sebagai ketua penghulu di Kg Air Barok. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tok Sidang kerana berkesempatan menziarahi jenazah arwah abah saya di Kg Seri Menanti, Kuala Pilah. Terharu saya apabila Tok sidang dari Kg Air Barok bergegas ke Seri Menanti. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan dari saya dan keluarga saya. Nama Anda: Adik Wira Alamat Email : awira_sham@yahoo.com Perkara: SALAM TERIMA KASIH Mesej: Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI untuk semua warga Kg Air Barok yang berkesempatan meluangkan masa menghadiri ke MAJLIS TAHLIL ARWAH MUHAMMAD BIN SAHUT. (PAK MAT JM) Saya puteri bongsunya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan jika semasa hidup Arwah abah kesayangan saya pernah sedikit sebanyak menyinggung hati dan perasaan anda semua sepanjang anda mengenali arwah. Saya dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan dan kesalahannnya. Sudilah anda semua memaafkan arwah semoga penerimaa kemaaafan anda sekalian ALLAH memberikan rahmat yang berlipat kali ganda kepada anda semua. Saya juga mewakili keluarga saya, jika arwah masih ada sebarang hutang yang belum dilangsaikan lagi. Janganlah malu-malu untuk bertemu dengan isterinya dan anak-anaknya. Kami semua sudi membayar hutang-piutang jika ada. Sekali lagi TERIMA KASIH dan MOHON KEMAAFAN Admin: Terima kepada Adik Munawirah |
Khamis, 18 Jun 2009
Cerita Adik Wira: Kenangan Lama Dan Luahan Rasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk
As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...
-
Salam dan selamat pagi... Baru sebentar tadi (12.45am 4 April 2009) penulis mendapat sms dari Tok Sidang (Tok Lan) yang membawa berita kemat...
-
Salam kepada semua warga Air Baruk... Admin baru menrima sms jam 4.28am tadi yang mengatakan bahawa Pak Cik Jabar Hj.Lasim telah kembali ke ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hidup mati, ajal maut semuanya adalah ketentuan Ilahi. Begitu juga dengan sahabat penulis, rakan seper...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan