Salam kepada semua warga Kg. Air Baruk tidak kira di mana anda berada.. Tn.Hj. Mohd ataupun lebih dikenali sebagai Pak Mat JM telahpun kembali ke Rahmatullah pada hari ini (08.05.09). Berita disampaikan oleh saudara Shahnor Syamsudin (anak saudara arwah) dan Tok Sidang kita (Tok Lan). Terima kasih atas makluman ini. Arwah menghembuskan nafas terakhir di HUKL dan diberitakan akan dikebumikan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Kita doakan semoga di cucuri rahmat ke atas roh beliau... Alfatihah... Amin Sedikit maklumat diri beliau yang penulis perolehi dari Tok Sidang. Arwah merupakan seorang anggota polis dan telah bertugas dipelbagai tempat seperti di Tangkak dan Jasin . Berpangkat Sarjan (40665) ketika di akhir perkidmatan. Berkahwin dengan Pn.Jamilah iaitu anak kepada Sidang Mat.... Anak lelaki beliau iaitu Munawir sebaya dengan penulis. Rumah beliau terletak di bahagian hujung kampung.. dan yang paling menarik..di pagar rumah beliau terlekat huruf J dan M.Rasanya semua orang kampung sangat-sangat mengenali rumah ini. Ianya sebagai penanda... bagi orang luar yang mencari rumah ini. sebut saja huruf J dan M. Sebab itulah arwah lebih dikenali dengan nama Pak Mat JM.. Huruf J dan M inilah pengikat kasih sayang mereka berdua. Bagi penulis sendiri... ada juga kisah dan kenang-kenangan dengan beliau... Waktu tu penulis masih kecil mungkin darjah 2 atau 3. Tahun 70an dulu.. arwah ada mengusahakan penanaman tembakau dan kami mengambil upah memasukkan anak pokok ke dalam beg plastik (beg semaian). Sebenarnya yang paling seronok.. dapat naik kereta sport warna merah tidak berbumbung.. Masa tu kalau dapat naik kereta sangat-sangat menyeronokkan. Penulis mewakili warga kampung mengucapkan takziah kepada keluarga arwah di atas pemergian arwah ke Rahmatullah. |
Jumaat, 8 Mei 2009
Tn.Hj. Mohd AKA Pak Mat JM Telah Kembali Ke Rahmatullah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk
As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...
-
Salam dan selamat pagi... Baru sebentar tadi (12.45am 4 April 2009) penulis mendapat sms dari Tok Sidang (Tok Lan) yang membawa berita kemat...
-
Salam kepada semua warga Air Baruk... Admin baru menrima sms jam 4.28am tadi yang mengatakan bahawa Pak Cik Jabar Hj.Lasim telah kembali ke ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Hidup mati, ajal maut semuanya adalah ketentuan Ilahi. Begitu juga dengan sahabat penulis, rakan seper...
2 ulasan:
Salam kepada semua warga kg air baruk.terima kasih kepada penulis kerana postkn dlm blog..dan kepada para2 pembaca....
Di sini saya ingin menjemput kpd warga blog kg air baruk utk dtg ke majlis baca yassin di rumah JM pada sabtu 16.05.09 jam 12 tghari...
Sekian....
Shahnor
Jutaan Terima kasih saya hulurkan kepada yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Tahlil Arwah Muhammad bin Sahut- Ayahanda kesayangan saya.
Kepada sesiapa yang mengenali Aewah jika tersapat sebarang rasa tersinggung atas sikapnya, dengan rasa rendah diri saya dan semua ahli keluarga memohon kemaafan di atas sikapnya. Sudilah kiranya memaafkan segala kesilapannya yang pernah dilakukan olehnya.
Kepada sesiapa sahaja yang mahu menuntut hutang yang belum sempat dulunaskan oleh Arwah, silalah datang berjumpa dengan saya atau ahli keluaraga Arwah yang terdekat. Jangan segan-segan....
Jika terdapat apa sahaja yang berkaitan dengan Arwah sila E-mailkan kepada saya.
awira_saham@yahoo.com
Catat Ulasan