Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita kematian iaitu sahabat kita, Saudara Azmi bin Tompang telah kembali ke Rahmatullah. Mengikut maklumat yang diperolehi dari Tok Lan (Tok Sidang Kg. Air Baruk) Allahyarham telah berada di HKl selama dua minggu. Beliau adalah sidang Kg Chohong dan merupakan kakitangan MRSM Terendak Melaka.
Arwah juga merupakan bekas pelajar SMK. Iskandar Shah, Jasin. Bagi di kalangan warga Jasin, Saudara Hj. Azmi memang dikenali ramai kerana sifat ramahnya dan mudah untuk bertegur sapa.
Admin mewakili warga Kg. Air Baruk mengucapkan takziah kepada keluarga Allayarham.. moga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Al fatihah.. Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan