Selasa, 10 Ogos 2010

Puan Hjh. Buruk Telah Kembali Ke Rahmatullah

Salam Ramadhan AlMubarak.. Esok kita akan menjalani ibadah puasa bagi seluruh umat Islam… tapi hari ini kita dikejutkan sekali lagi berita tentang pemergian warga Kg. Air Baruk. Admin baru sahaja mendapat panggilan telefon dari anakanda Arwah iaitu Saudara Zunasri (Rap) bahawa ibunya telah pergi buat selama-lamanya. Ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Seperti biasa.. Tok Lan.. begitu pantas menyampaikan berita kepada Admin.. dan beliau akan mengetuai pengurusan jenazah di kampung nanti. Terima kasih atas keperihatinan Atok.. Hanya Allah SWT sahaja yg dapat membalas jasa Atok.

Diberitakan bahawa.. jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Air Baruk. Skg ini petang ini.. dan skg ini urusan masih di Hospital Serdang. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan hingga selamat ke acara pengkebumian. Admin mewakili warga kampung, mengucapkan takziah sekali lagi di atas pemergian ibu tersayang .. moga dicucuri rahmat ke atas roh beliau!!! Al Fatihah… Amin

Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...