Salam Ramadhan Al Mubarak kepada warga Air Baruk. Bulan puasa kali ni memang meriah apabila ada usaha-usaha untuk membuat bubur lambok secara bergotong royong. seperti biasa Tok Sidang mengetuainya untuk mengurusnya bersama-sama dengan AJK Masjid Kg. Air Baruk serta penduduk-penduduk kampung . Alhamdulillah program seperti ini diharap dapat diteruskan disamping mengeratkan ukhwah sesama penduduk kampung. Tajaan bubur lambok hari ini ditaja oleh anak-anak kampung.
Menurut Tok Lan@Tok Sidang, pada 04/09/2010 juga akan diadakan program yang sama iaitu memasakbubur lambok. Tapi kali ini program kali ini adalah program kolaborasi diantara penduduk kampung dengan agensi kerajaan ialah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK Jasin) yang diketuai oleh Pn. Siti Ashiah Aman. Diharap program kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Malam 27 juga akan diadakan kenduri di Masjid Kampung Air Baruk. Di samping bertarawikh kita dapat juga menjamah juadah bersama-sama tanda kesyukuran. Moga-moga program yang diaturkan ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keredhaan dariNYa. Amin
Terima kasih kepada Saudara Shahnor bin Syamsudin diatas kiriman gambar ini tadi
1 ulasan:
hehehe..... bebalik gambau rahmat je.......
Catat Ulasan