Selasa, 22 Jun 2010

Adik Sabri Mohd.Nor Telah Kembali Ke Rahmatullah

Salam kepada warga Air Baruk. Baru sebentar tadi (1.30pm) Tok Lan@Tok Sidang menghubungi Admin mengatakan yang Adik Sabri telahpun disahkan meninggal dunia. Saudara Saufi@Chalus juga telah menghubungi Admin menyampaikan berita yang sama. Admin mewakili penduduk kampung mengucapkan takziah kepada Keluarga Allayarham terutama ibunya yang kami kenali sebagai Mak Mah(Asmah Sameon). 
Allahyarham Adik Sabri Bin Mohd. Nor

Untuk pengetahuan, Adik Sabri berusia 32 tahun dan dilahirkan dalam keadaan kurang upaya. Alhamdulillah berkat ketabahan dan kesabaran Mak Mah membesarkannya, beliau boleh berjalan. Sepanjang 32 tahun ini, Mak Mah memang tabah membesarkan Adik Sabri, bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bagi penduduk kampung kami memang biasa melihat Adik Sabri yang memang suka menegur orang-orang kampung yang melalui  depan rumah beliau.

Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham... Al Fatihah. Amin





Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...