Rabu, 14 April 2010

Mesej Dari Ummi: SAWAH

  Nama Anda: UMMIE
  Alamat Email : isidah67@gmail.com
  Perkara: SAWAH
 

Mesej: Salam,
Terasa pulak nak mencelah untuk kali ini. Niat hati adalah ikhlas.tak ada niat yang lain.
Teringat pada masa kecik2 dulu. Selalu pergi sekolah kadang2 naik basikal. kadang2 jalan kaki.jalan yang dilalui biasanya bersebelahan dgn sawah.Betapa indahnya suasana pada ketika itu.Walaupun kami tiada sawah tapi menyibuk kat sawah tu.....sememangnya ada. Dari awal hingga sabit padi mesti muka nie ada. Sampai miang2(miang padi yek...) dibuatnya. Dari hijau hingga kuning adalah pemandangan yang indah dan entah bila pemandangan itu akan dikecapi lagi.Hanya Allah saja yang tahu.Bukan setakat menyibuk je tapi siap tumpang makan kat tepi sawah tu..ha ha ha  Jeha ko mesti ingat suasana tu..
Kalau dulu boleh je duduk kat bengteng tangkap ikan ataupun boleh nampak ikan berenang2..kadang2 bukan untuk tangkap tapi cuma melihat dengan hati yang tenang. Biasanya ikan betuk (puyu) yang ada...
Selesai sawah mesti sangkut kat sungai...Hebat ketika itu...
Tapi sekarang? Semuanya hanya TINGGAL KENANGAN....
Tak adeke rancangan untuk kerjakan balik sawah yang terbiar tu? Itulah yang bebenor yang nak disuarakan.

Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...