Rabu, 7 April 2010

Aisyah bte Ahmad(Busu Esah) Telah Kembali Ke Rahmatullah

Salam kepada semua warga kampung yang terutamanya tinggal di luar kampung@perantauan. Kita sekali lagi dikejutkan tentang berita kematian warga kampung iaitu Mak Cik Aisyah atau lebih dikenali dengan nama Busu Esah (Ibu kepada Prof.Datuk Dr.Abd. Razak) iaitu pada jam 11.20 malam (06.04.2010). Admin mendapat berita daripada Pn.Jamilah Ahmad (Isteri Cikgu Atan@Aizzuddin Ali) melalui sms sekitar 11.48 mlm tadi. admin terus menghubungi Tok Lan@Tok Sidang  untuk membuat pengesahan mengenai berita tersebut. Kebetulan Tok Lan dalam perjalanan balik ke rumah dari rumah arwah iaitu menguruskan dokumen dan persiapan pengkebumian untuk esok hari.(Sumber Berita: Tok Lan)busu Esah

Kepada keluarga arwah (Dr.Razak, Kak Milah, Abg Aziz, Kak Norlina dan etc) semoga tabah menghadapi dugaan. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh beliau. Kami, warga kampung memanjatkan doa semoga pemergian arwah dalam keadaan yg tenang dan aman di sisi Allah SWT. Al Fatihah… amin

3 ulasan:

-farahsu- berkata...

al-fatihah untuk nek cah yang amat dikasihi. semoga roh nek cah sentiasa dicucuri rahmatNYA.amin.

. berkata...

Sama-samalah kita mendoakannya .. Al Fatihah.. Amin

Tanpa Nama berkata...

Assm. Wm. Wb. Bagi pihak semua keluarga Allahyarhammah Aishah Ahmad, kami mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua yang menziarah, menghulurkan derma, solat jenazah, ke tanah perkuburan dan apa jua sumbangan harta dan masa dalam mengendalikan pengkebumian ibu kami. Berbanyak terima kasih buat Tok Sidang yang banyak membantu. Kami sangat menghargai segala sokongan masysrakat kampong terutama sekali dpd. pihak masjid. Kepada ALLAH swt kami memohon agar membalas segala jasa baik tuan/puan dan semoga ALLAH swt juga merahmati kita semua dengan iman, takwa dan sabar.
ikhlas dpd: Abdul Razzak, Jamilah, Abdul Aziz dan Norlina

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...