Isnin, 22 Februari 2010

Mesej Dari Kotak Pesanan: Hartini Razlan

Nama Anda: Hartini Razlan
Alamat Email : hartini.razlan7@gmail.com
Perkara: Kawasan Tanah Perkuburan

Mesej: Assalamualaikum,
Untuk makluman tuan, saya sekarang berada di KL tapi saya akan balik kampung setiap hujung bulan untuk menjengah keluarga saya yang masih di kampung.
Saya juga akan menziarahi pusara arwah emak saya (Fatimah @ Makngah Ketot) bila ada masa terluang.
Saya ingin menyarankan pada pihak jawatankuasa kampung untuk melihat keadaan kawasan tanah perkuburan kita yang semakin tandus. Sekiranya tuan-tuan ada melihat atau pergi, kita boleh nampak tanah yang bersempadan dgn tanah arwah Pak Bal akan runtuh bila-bila masa saje.
Adalah lebih bagus sekiranya pihak jawatankuasa dapat menurap jalan untuk naik ke kawasan tanah perkuburan (ikut pintu masuk dari blkg rumah Mak Ipot).
Juga sekiranya pihak jawatankuasa dapat memasang paip air utk kemudahan pengguna tanah perkuburan semasa musim perayaan atau bila2 masa pun.
Saya bagi pihak keluarga tak keberatan sekiranya pihak jawatankuasa ingin membuat kutipan tiap bulan dari org kg untuk menampung kos perbelanjaan.

Admin: Cadangan yang baik… Insyallah, isu ini akan dipanjangkan kepada JKKK Air Baruk untuk tindakan selanjutnta. Terima kasih Adik Tini

Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...