Sabtu, 7 November 2009

PROGRAM ISLAH DIRI & TAHFIZ CUTI SEKOLAH


Assalaamualaikum

Bagaimanakah anak-anak anda akan menghabiskan cuti persekolahannya pada
hujung tahun ini? Isikan masa percutian anak-anak anda dengan manfaat yang
berkekalan didunia dan akhirat - Program pengisian kerohanian dan ilmu asas
islam yang wajib diketahui oleh anak-anak serta remaja.

Tahfiz Ar-Ruqaiyyah buat kali keduanya akan menganjurkan Program Islah Diri
& Tahfiz Cuti Sekolah pada hujung tahun ini mulai pada 06 Disember
sehinggalah 27 Disember 2009 (3 minggu), bertempat di;

Madrasah Tahfiz Ar-Ruqaiyyah,
Lot 3682, Jalan Rizab Hj.Tomi,
Kampung Bukit Cherakah,
45800 Jeram,
Kuala Selangor.

Yuran pendaftaran berjumlah RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja)
meliputi penginapan, asrama dan pengajian selama 3 minggu. Kepada ibu bapa
yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke program ini, anda boleh
menghubungi Mudir Madrasah, Ustaz Muhammad Fetri Al-Hafiz 012-3520535.
Jumlah peserta adalah terhad kepada 30 orang sahaja termasuk perempuan.

Sila war-warkan juga kepada sahabat-sahabat yang lain yang berminat.



Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...