Isnin, 25 Mei 2009

Berbual Dengan Tok Sidang Air Baruk


Salam Warga Kampung Air Baruk... Baru-baru ini, penulis ada balik ke kampung... Terkejut juga.. bila ternampak signboard... "Jalan Ke Kampung Air Baruk Di Tutup".... Rupa-rupanya kerja-kerja baikpulih saluran longkang sedang giat dijalankan,, Alhamdulillah. Pada malamnya pula, penulis ke Roza Tomyam Seafood.... Sebabnya, kat situlah tempat geng-geng kampung mengeteh... So, sempat jugalah penulis berjumpa dengan Tok Sidang Air Baruk.. Tok Lan... Kebetulan pulak cerita hangat ketika itu kejadian culik dan ugut berlaku di Kampung Air Baruk. Pelbagai versi boleh di dengar... Yang bestnya nama kampung dah jadi pelbagai nama bila di baca di surat khabar.. Kampung Lantai, Kampung Jembatan Air Baruk.

Berbalik kepada perbualan penulis dengan Tok Lan... Bulan Ogos ini.. Tok Lan akan dapat menantu lelaki..Tapi tarikhnya penulis tak berapa pasti..Insyallah penulis akan confirmkan semula dengan beliau. Rupanya orang dekat je... Se taman je.... sebaris lagi.. selang beberapa rumah je.. Rupa-rupanya anak Pak Atan... Adik si Ghaffar/Zubir... alhamdulillah mudah-mudahan di doakan majlis berjalan lancar.

Apa-apapun, tahniah kepada Tok Lan.... Jangan lupa orang-orang kampung dan juga perantau... Kalau tak silap penulis... Ini adalah perkahwinan anak bongsu Tok Lan... Jadi lepas ni... kalau ada majlis walimatulurus... cucunya pulaklah..Kalau takpun Tok Lan sendiri.. wakakaka....!!!!!! Jangan marah ye Tok Lan.. Gurau je...!!!

Sekali lagi penulis ingin nyatakan di sini.. Sekiranya ada sesiapa yang mempunyai cerita, kenangan-kenangan lama, gambar atau video yang berkaitan dengan kampung kita, bolehlah email kepada penulis atau isi saja di "Tinggalkan Pesanan Anda".

Sekian, Wasalam

Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...