Salam.... Tidak kira di mana anda berada.. diharap semua sehat walafiat. Entri kali penulis nak bercerita sedikit mengenai aktiviti-aktiviti yang biasanya dijalankan di kampung kita. Kalau era 60an, 70an aktiviti belia merupa sesuatu yang sangat dominan dengan penduduk kampung . Baik aktiviti sosial mahupun sukan... apatah lagi kalau sebut sahaja nama Kg. Air Baruk, mereka akan akan menyebut tentang kehebatan pasukan Sepak Takraw kita... Itulah kampung kita suatu waktu dulu.. Sangat digeruni lawan dan kawan. Begitu juga dengan keaktifan belia 4B kita... Kalau aktiviti di majlis kenduri perkahwinan, gotong royong adalah sesuatu yang sangat meriah. Itu sewaktu ketika dahulu.. Sekarang... memanglah tak sama macam dahulu... Banyak faktor-faktor yang tidak memungkinan keadaan yang sama... Tapi yang penting pentadbir kampung tetap menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakat seperti gotong royong, program bulan merdeka, perjumpaan dan jamuan hari raya dan sebagainya... Di sini penulis sertakan beberapa keratan video mengenai aktiviti-aktiviti yg telah dijalankan. |
Aktiviti Jamuan Hari Raya
Aktiviti Sukan Dalaman Anjuran Belia
Aktiviti Kemuncak Bulan Merdeka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan