Rabu, 1 April 2009

KEMBALI KE RAHMATULLAH-TN.HJ.IMAM MAZLAN BIN LAHUM

Salam...kepada semua warga Kg. Air Baruk.. Pagi tadi penulis dapat panggilan telefon dari Mahathir (Dak Atan anak Busu Yahya) mengatakan Pak Ji Mazlan (nama panggilan kat kampung)dah sampai hukum.. Berita ini memang mengejutkan... dan selang beberapa minit... Tok Sidang (Tok Lan)pulak menelefon.. Begitu juga dengan sms yang masuk bertalu-talu... Terima kasih kepada Man Dolah, Hanim Avon, Pucat, Padil, Cikgu Man Tawi yang menghantar sms beserta gambar-gambar.. Walaupun penulis di T.Malim tapi terasa dekat dengan mereka ini. Dapat jugalah melihat suasana pengkebumian melalui penghantaran gambar melalui telefon.. Terima Kasih kawan-kawan. Email juga penulis terima dari kawan-kawan mengenai berita yang sama.

Pemergian Allahyarham Pak Ji Mazlan memang sangat-sangat dirasakan oleh warga Jasin.. khususnya bagi kami di Kg.Air Baruk. Arwah menjadi Imam di Masjid Jamek Jasin dalam satu jangkamasa yang agak lama.. seingat penulis.. sewaktu penulis di sekolah rendah lagi.. "Tuan Haji Mazlan bin Lahum"... Itulah satu nama yang memang terkenal bukan kerana khutbah Jumaatnya sahaja, bahkan mengubati pesakit, acara akad nikah dan pelbagai situasi menarik yang boleh dikaitkan dgn Pak Ji. Kebetulan suatu ketika dulu kami pernah berjiran dan penulis memang rapat dengan anak-anak beliau terutama yang sulung (arwah Ribuan bin Hj. Mazlan).. Anak-anak arwah yang lain ialah Sahibol (cikgu).. Maziah (Pensyarah- sekelas dgn penulis semasa di sekolah menengah, Ija (Putrajaya) dan Balkish...

Penulis ingin menarik perhatian pembaca iaitu tentang kepetahan beliau semasa membaca khutbah.. Bagi warga Jasin yang sememang bersolat Jumaat di Masjid Jamek Jasin. Masih tergia-ngia suara beliau yang jelas dan tegas.. mengutarakan isu-isu sosial.. hinggakan kebanyakan kita boleh mengajukkan semula intonasi beliau bila berkhutbah.. Itulah kelebihan beliau.... sangat-sangat memberi kesan kepada kita semua...

Bagi mereka yang pernah melalui majlis akad nikah dengan arwah Pak Ji... Ia merupakan suatu pengalaman yang sangat-sangat berguna.... Ketegasan beliau terhadap proses akad nikah kahwin harus dipuji.. Bagi kami yang duduk di Kampung Air Baruk ni.. majlis akad nikah memang satu suasana yang dinanti-nantikan.. Tambahan pula pasangannya dari luar Melaka.... Ada yang tidak bersetuju dengan cara beliau.. tapi bagi penulis ia menjadi tanggung jawab Pak Ji untuk melakukannya.. Dan soalan-soalan yang ditujukan oleh Pak Ji hanya merupakan soalan-soalan asas sahaja.. Cuma ekspresi muka dan ketegasan Pak Ji sahaja yang membuatkan mereka ini agak gerun... Yang nyata..kita takkan dapat lagi merasa suasana tersebut...

Soal mengubati pesakit seperti angin ahmar, ia merupakan kepakaran beliau.. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan bahawa nama beliau memang terkenal di seluruh Malaysia.. hinggakan orang-orang kenamaan juga pernah berurut dengan beliau..... Itulah Pak Ji Mazlan...

Mudah-mudahan dicucuri rahmat ke atas rohnya... Al-Fatihah.... Amin

Gambar-Gambar semasa pengkebumian...

Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...