Salam....
Baru-baru ini.. penulis balik ke kampung.. dan sempatlah juga mengambil gambar-gambar suasana kat kampung... Bagi mereka yang dah lama tak balik kampung tu.. Inilah suasana terkini kampung kita.
Ini merupakan Balairaya Kampung Air Baruk. (Tapak asal ialah Stor Jabatan Pertanian) Seperti biasa di sinilah perjumpaan, mesyuarat dan apa saja program akan dijalankan kat sini..
Kat sebelah Balairaya ni.. sebenarnya ada gelanggang Sepak Takraw.(Tapak Kilang Padi) tapi sekarang ni tidak dapat digunakan lagi kerana jalan pintas yang dibina melibatkan kawasan gelanggang. Maka sukan sepak takraw kebanggaan kampung tidak lagi dimainkan di sini....
Anda mesti ingat dengan rumah agam ini.. Rumah ini peninggalan Arwah Hajjah Nyah.. (isteri kepada Pelakon Bangsawan.. Aman Belon).. Alah.. kat sini kan Khatijah Ibrahim, Sofia Ibrahim, Latif Ibrahim, etc. Teringat penulis pada waktu dulu...sekitar 70an.. Bila ada persembahan artis kat Padang Rim.. Tempat persinggahan mereka kat rumah inilah.. Masa tu punyalah seronok sebab dapat tengok AR.Badul, AK.Jailani, Param, Husin Abu Hasan dan etc... Masa Kak Tijah (Khaty Ibrahim masih sekolah menengah kat Jasin.. sempatlah bersama dia jaga durian kat belakang rumah ni.. Hem.. dia pun dah tak ingat lagi...
Ini pulak... rumah arwah Hj. Sameon.. kalau kat Jasin... orang dah memang kenal dia.. sebab kuah kacang dan sate... ala-ala sate kajang.. Sekarang ni..perniagaan sate dah tak dieruskan... Abang Olanpun meniaga kedai makan kat Pekan JAsin...sebab tapak kedai dah dibuat jalan pintas
Bagi mereka yang dah berpuluh tahun tak balik... cuba perhatikan jalan ini.. Apa yang tak ada?... Masih ingat Kedai Dak Yen? Roti bakau dengan cawan teh/kopi yang sedikit sumpek.... Kalau anak-anak kecil masa tu panggil dia Tok Yen.. Kedai dah dirobohkan..Masa dia hidup dulu.. sempat jugaklah penulis bertanyakan sejarah kampung ni... Dan satu lagi... jalan ini banyak meninggalkan kesan kepada orang kampung... Jalan ini dipanggil "corner Kilang Padi".... pelbagai insiden yang berlaku kat sini...
Yang ini pulak... Jalan Dato'Hj.Musa... pernah sekali nama jalan ni dinamakan Solok Air Baruk... Marah le juga org kampung.. lepas tu ditukar kepada Jalan Dato'Hj.Musa....
Kalau dulu kat kampung kita ni tanaman utamanya padi.. Sebab tu kampung kita ada kilang padi... Sekarang ni sawahpun dah tak wujud... Sawah dah hampir-hampir jadi hutan tebal... Baru-baru ni ada projek tanam pisang... Barulah nampak terang kat kawasan baruh....
Penulis rasa.. bagi mereka yang dah lama tak balik.. memang tak boleh meneka kat mana kawasan bengkel kereta ni... Sebenarnya bengkel ni terletak di tapak rumah arwah Nordin Saad.... Bengkel ini diusahakan oleh Si Padil (Firdaus) anak Arwah Pak Cik Md. Diah.. Adik Rejab...
Yang botak tu le si Padil... bersama pekerja-pekerja dia... Kalau nak tau.. Selain membaiki kereta.. Padil juga menjalankan Servis Air-Cond dan Cuci Kereta... Bengkel dia ini meriah juga... Kalau bab aircond ni dia memang expert... Kebanyakan orang-orang memang hantar kat dia... Kadang-kadang tak menang tangan.. sebab terlalu banyak kereta.. Semoga dia sukses.....
Ini pulak rumah Pak Seman Rabun.. arwah Mak Cik Ara... Kat sini dulukan famous dengan rumah sewa... Ataupun dengan nama glamournya white house.. Sebab semua rumah sewa kat sini warna putih.......
Sekarang ni rumah sewa pun dah kurang.. dan sebahagiannya dah diruntuhkan....
Yang ini pulak rumah Arwah Wan Bedah (Penghulu Mamat).. Dulu rumah ni si Safuan yang duduk.. selepas dia berhijrah ke KL.. disewakannya.. Sekarang ini... rumah ini dah kosong...Bila teringat masa kecil-kecil dulu... Inilah tempat kita orang bermain....
Rumah kat atas bukit ni pulak.. rumah arwah Pak Cik Md.Din.. Bersebelahan dengan rumah Safuan... sekarang ini.. Mak Midah dan Pak Cik Megat sekeluarga yang tinggal kat sini bersama dengan Mak Yoon..
Ok... rasanya cukup setakat ini untuk hari ini... Insyallah akan disambung di bahagian yang ke 2 nanti.. Salam
4 ulasan:
Anda boleh meninggalkan komen anda di sini.. Admin
masih ingat lagik masa tingkatan 2, jadi rukun tetangga kat simpang ni
tahun 1990 x salah lah masa tuh.
lepak ngan arman, dak bert, mahathir,
tok bol, saper lagik ntah dah lupe.
setahu saya, saya lah yang paling muda dapat bercampur dengan geng2 diaorang masa tuh...
Wah... pengalaman yang menarik
Dengar cerita jalanraya kat kampung kena tutup?
Catat Ulasan