Ahad, 30 Januari 2011

KEDAI BARU BANG DIN@CIKGU DIN AKA SIDANG DIN

Salam sejahtera kepada warga Air Baruk. Rasanya ramai yang tentang keenakan masakan sarapan pagi Kedai arwah Sidang Mat. Kalau makan kat sini, memang tak lupa dengan sambal sotong dan ikan kering. Bagi generasi baru mungkin tak tahu dan tak mengenalinya. Dulu kedai makan ni terletak di Lapangan Gan Lap (kalau x silap admin).. Pas tu terpaksa berpindah ke Water Front sebab kawasan kat situ nak dibangunkan. Sejak kematian arwah Sidang Mat.. perniagaannya diturunkan kepada Abg. Din@Cikgu Din aka Mantan Sidang Kg Air Baruk dan dibantu oleh anak sulung beliau Kak Long.

Pagi tadi, dengan rasminya Bang Din@Cikgu Din telah membuka kedai makan ditempat baru iaitu di rumah beliau. Kebetulan Kampung Air Baruk dapat jalan baru, maka sesuai sangatlah dibuat gerai kat rumah. Menarik tempat tu. Majlis doa selamat dibuat selepas solat Subuh. Mudah-mudahan perniagaan Bang Din akan bertambah maju.. dan bagi warga kampung yang berada di luar.. sesekali balik kampung, bleh le pekena nasi kat kedai@rumah Bang Din. (suasana menarik tu!!)









Tiada ulasan:

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...