Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum wbt.......
Terlebih dahulu diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi Blog Kampung Air Baruk ini. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t di atas pelancaran Blog Kampung Air Baruk ini. Sesungguhnya pelancaran Blog ini akan dapat meningkatkan lagi hubungan antara penduduk kampung tidak kira samada di dalam mahupun di luar.
Semoga usaha-usaha berterusan akan terus wujud demi perpaduan penduduk-penduduk. Di bawah kepimpinan ada, semangat kejiranan sentiasa dipupuk kerana ianya sebagai pemangkin kecemerlangan sesebuah masyarakat. Sokongan JKKK. dan masyarakat kampung tidak pernah luput. Ini menjadi peransang kepada saya untuk menunaikan tanggung-jawab yang amat berat jika dipikul seorang diri.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk-penduduk kampung yang sentiasa memberikan kerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Akhir sekali saya dan warga penduduk Kg. Air Baruk akan lebih tekun dan bersungguh-sungguh untuk memajukan kampung ini dari segala aspek demi menjadikan sebuah kampung yang cemerlang.
Sekian, wasalam
Tn.Hj. Roslan bin Hj.Mohd.Din
Sidang Kampung Air Baruk
4 ulasan:
Bang Lan-terima kasih kerana menjadi seorang Sidang yg berwibawa.Apa apa pun,sungai Air Barok mesti dibersihkan agar terjamin sumber air untuk masa masa hadapan kita.Sila usahakan.Kalau tidak saya percaya crisis air akan melanda.
Wah, Atok! Dah nak dapat menantu lagi. DAh lama tak balik kampung. TAk tau ceritanya.
lasat la tok sidang punya ucapan..huhuhu
Hidup Tok Lan... Ucapan.. fuh
Catat Ulasan