Isnin, 5 Januari 2015

Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk


As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikenang. Ini merupakan program yang kedua dijalankan oleh group Wassap Air Baruk. Sebelum ini kami menganjurkan mlm 31Ogos2014 dan alhamdulillah..ianya berjaya dan menepati objektif yang telah disasarkan oleh group ini. Pengisisan di dalam program ini mengambilkira situasi yang dialami oleh rakyat Malaysia iaitu musibah banjir yang melanda hampir seluruh Malaysia. Majlis yang penuh kesedrhanaan ini dimulakan dengan solat mahgrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yassin dan tahlil dan kemudiannya bersama-sama solat isyak berjemaah. Tepat jam 9.00 Majlis Jasamu dikenang dimulakan di Dataran Tok Lan (Sempena mengambil nama Tok Sidang Air Baruk). Alhamdulillah Pengacara yang dipilih bukanlah calang-calang orang... iaitu Saudara Megat... berjaya membawa majlis ini dengan penuh bermakna. Disamping meraikan anak-anak Kg. Air Baruk yang berjaya dalam sukan tanah air.. kami tidak lupa membuat kutipan derma untuk mangsa-mangsa banjir. Syukur ke hadrat Allah SWT... atas keprihatinan penduduk kampung dan Group Wassap Air BAruk.. Kami berjaya mengumpulkan wang sebanyak +-Satu ribu lebih...Semoga akraban dan ukhwah sesama sekampung dapat diteruskan... Insyaallah..















Khamis, 25 Disember 2014

GOTONG ROYONG DI TANAH PERKUBURAN KAMPUNG AIR BARUK


As Salam dan Salam sejahtera. Adakah aktiviti gotong royong masih diamalkan di tempat komuniti (kampung/taman) tuan-tuan? Semoga budaya ini dapat diteruskan kerana banyak manfaat dan pada masa yang sama dapat mengeratkan ukhwah sesama kita. Terima kasih ke Sidang Kg. Air Baruk, Jasin .. Tn Hj. Roslan Md. Din kerana berusaha menjadi gotong royong tanah perkuburan sebagai salah satu aktiviti kampung. Terima kasih juga kepada Inspektor Aminudin.. Ketua Balai Polis Jasin kerana turut serta dalam program ini. Kepada Group FB Orang Jasin yang mempunyai program dan aktiviti sosial untuk komuniti.. bolehlah pos di sini untuk kita kongsi bersama.

Rabu, 9 Oktober 2013

CERITA DULU-DULU - DARI JASIN KE BANDAU MELAKA

Salam buat warga Ex-Smdb... Entry kali ni... aku nak cerita sikit pasal Dari Pekan Jasin Ke Bandar Melaka. Disebabkan kebanyakan Ex-Smdb ramai orang Jasin... sekurang-kurangnya terkenang jugaklah zaman-zaman kita kecik2.. Kita semua nie membesar hampir dipersekitaran yang sama... So apa yang aku nak ceritakan nie mungkin ade sedikit persamaan dengan apa yang pernah kau orang lalui...

 
Masjid Lama Kg. Air Baruk... 
Mesti kau orang ingat.. masa kecik-kecik (sekitar awal 70an)... Kalau nak ke Bandar Melaka tu... Bas yang sangat setia dengan kita ialah Bas MOS (Malacca Omni Bus) sesetengah kita panggil dulu "Melaka Orang Sakai".. Hi..hi.. .... Warna kuning.. sedikit garisan merah...Tempat duduk kemerah2an.. tanpa penahan kepala... Hanya palang besi tempat kita bersandar.. Kekadang bila terlelap tu.. terhantuk jugaklah belakang kepala... hi..hi.. Itupun kalau nasib dapat duduk... Kalau kena berdiri, pegang ajelah besi kat penahan kepala tu... Nak pegang palang atas tak sampai.. pasal masa tu kecik lagi.. Dan yang paling seronok bila nak tekan loceng.. berebut2... Padahal bukan sampaipun.. Sampai berdiri atas kerusi...Satu perkara yang aku tak leh lupa arahan kat tepi dinding bas "Hilang Ticket Anda Kena Bayar Semula"... Hi..hi.. nak tergelakpun ade... Pengkalan Bas ni dekat dengan rumah aku... Kira dekat dengan Masjid Lama Kg. Air Baruk le..

Dan kau orang mesti masih ingat Tempat Bus Stand Lama (Belakangnya sawah)... Kedai deretan terakhir nak ke bus stand tu ialah kedai Hajjah... Sementara nak menunggu bas... Kat situlah tempat menunggu bas... Gerai-gerai yang popular kat bus stand Jasin tu... Putu Piring.... Agaknya ada lagi x agaknya mak cik tu...
 
Tanda Milestone
Jarak dari Jasin nak Melaka tu lebih kurang 181/2 batu (dulu pakai sistem imperial... bukan metrik)... Bila kita dah ade dalam bas tu... Satu perkara yang selalu dilakukan ialah mengira jarak .. Seronok jugak... macam countdown.... 18...17.....16..... pas tu tertidur... tau-tau dah sampai.... 
    Balai Polis Lama... Berdepan dengan Post Office
                                                                                                                                            
 
   Pejabat Pos Lama.. Kini dah jadi Muzeum Pertanian Jasin
 
    Kedai Berahim: Tempat beli rempah
Kalau naik bas MOS... mesti lalu kedai Berahim  nie.. Bini dia Mak cik Salmah (Popular dengan Rempah).... pas tu mesti jumpa pos office berdepan dengan balai polis lama.... Teringat aku masa Darjah 1... Masa tu sekolah kat SK. Jasin.. Dulu kaedah menabung ialah dengan cara membeli stamp dan tampal pada kad.... Bila stamp dah memenuhi kad tu... Cikgu akan bawak kami ke post office... Masa tu yang best... Sebab dapat jalan2... Kami akan melalui Balai Polis Lama tu dan menuruni bukit  terus ke Post Office... Aku masih ingat lagi... Arwah Cikgu Noresah (Ibu Cikgu Kamaruzzaman Tawi).. yang selalu membawa kami..
Ok.. sambung cerita nak ke Bandar Melaka tadi..Laluan nie mesti kita akan lalu.(Lihat Gambar kat bawah)

    
Rumah Pegawai Kerajaan... Skg nie dah jadi Rumah Anak-Anak Yatim Jasin.. (Lokasi: berdepan dengan Pejabat Pos Baru Jasin)
 
 
Rumah Guru... Pernah Menjadi Pejabat Koperasi Polis (Bersebelahan dengan Kuil Hindu, dekat dgn Bang Taib jual Goreng Pisang.. alah... yg kerja driver kesihatan dulu... Depan Hospital Lama Jasin Daaa....
Masa tu bas memanglah x de air-cond.. Jadi berlakulah perebutan untuk duduk di bahagian tepi... Tingkap pulak main tarik dan turun.. Silap2 haribulan tersepit tangan..  Biasanya permandangan kita masa ni diiringi oleh pokok-pokok getah yang setia menemani kita.... Cuba kau orang tengok gambar kat bawah nie.... 

     Pekan Bemban.... 
Ini le Pekan Bemban.... Skg nie bangunan kayu nie dah x wujud lagi.... Dah terbakar.... Kalau x silap aku 2 atau 3 tahun lepas.... Kalau ikut sejarah... Ini kawasan hitam...(Masa zaman Komunis dulu le)  Skg nie tempat nie dah berubah.... Ada TrafficLight.. Kalau pagi-pagi nak gi kerja tu... jenuhlah jugak nak tunggu clear jalan nie.... hi...hi.. Sebenarnya dari Jasin nak Bandar Melaka ambil masa lebih 1jam jugalah ... Yelah walaupun x sibuk masa dulu-dulu.... tapi keadaan bas dan kejap2 berhenti tu yang memanjangkan masa...  Kekadang tu bosan juga.... Biasanya selepas Pekan Bemban, bas dah jarang berhenti kerana penempatan di kawasan nie agak kurang....... Salah satu tempat yang paling best ialah bila nak sampai ke Kandang.... Suasana  di sawah.... memang betul-betul teringat dibuatnya... Kebetulan aku ade sedara kat Kandang....
 


   Masjid Kandang.. Sebelah kanan dari Jasin                                           
 
 Aktiviti membajak sawah kat Kandang
Dan satu senario biasa yang tidak terlepas pandangan kita ialah persimpangan Balai Polis Kandang... Di sebelah simpang sebelah kanan.. Rumah Tradisional Baba dan Nyonya... Akupun x  pasti samada masih ada lagi  x rumah tu....

    Balai Polis Kandang 
Biasanya inilah indikator@landmark yang kita dah hampir sampai... Masa kecik-kecik manalah kita tau sangat nama-nama tempat.... cuma dapat cam tempat.... Sebab bukan selalu dapat gi Bandar Melaka.... Sebulan x sekali.... silap-silap setahun sekali... Macam raya le pulak... Fuh bila dah sampai Bus Stand Melaka... Satu suasana yang tak boleh tahan ialah bau asap bas dengan jalan yang berminyak-minyak dengan jalan yang berlubang-lubang... Aku rasa kau orang mesti boleh ingat suasana di bus stand Melaka nie... Dulu shopping centre yang ada.. seingat aku... Malacca Shopping Centre je.... ye.. le... awal-awal 70-an..
Sekarang... semua dah berubah.... suasana yang aku ceritakan tadi hampir 70% dah lenyap dari pandangan kita... Kalau masih wujudpun... fungsi dan suasana sudah jauh berubah... Kita sebenarnya semakin meninggalkan jauh kenangan yang tidak akan dapat kita ulangi... Hampir kesemua kita nie dan melepasi umur 40an.... 
Oklah.... sahabat... Insyaallah di lain bicara... aku cuba untuk membawa kawan-kawan mengimbas nostalgia lama.... Wasalam....

Khamis, 25 Ogos 2011

KENDURI KAMPUNG: MAJLIS TAHLIL DAN BERBUKA PUASA

Salam ramadhan. Pengumuman kepada semua warga Kg Air Baruk Jasin termasuk yg di perantauan. Satu majlis tahlil dan berbuka puasa akan diadakan di Masjid Lama Air Baruk pada Jumaat ini 26/08/11 bermula jam 6pm. Semua dijemput hadir..

Sabtu, 25 Jun 2011

PROGRAM BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN PUASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Admin difahamkan bahawa satu program memasak bubur lambuk di bawah kendalian Tok Sidang iaitu Tn. Hj. Roslan bin Hj. Mohd. Din akan diadakan pada sepanjang bulan Ramadhan ini. Kepada sesiapa yang berminat dan sudi untuk menghulurkan bantuan dalam menjayakan program ini, bolehlah berhubung terus dengan beliau melalui talian telefon yang tertera di weblog ini.(0126826829)


Semoga program yang dijalankan nanti mendapat keberkatan dan keredaan dari Allah SWT. Terima kasih kepada semua.

Ahad, 15 Mei 2011

Perompak/Pencuri Pecah Rumah


Nama Anda*:Hartini Razlan
Alamat Email *:hartini.razlan7@gmail.com



PER: Perompak/Pencuri Pecah Rumah


Assalamualaikum warga kampung,

Disini saya ingin membuat usulan kepada warga kampung melalui Admin supaya mengambil langkah berjaga pada keamanan kampung kita. Memandangkan kampung kita ni tak lagi aman mcm dulu2 dgn kejadian pecah rumah. Rumah saya juga sudah menjadi mangsa dan banyak lagi rumah yg sudah dipecah masuk. Disini saya sarankan supaya org2 kampung supaya membuat rondaan atau mengawal laluan keluar masuk kampung. Saya mendapat tahu yang kejadian ini bukan sahaja berlaku dikg kita malahan berleluasa sehingga ke Kampung Kesang Tua. Oleh itu sy berharap supaya org2 kg bekerjasama utk membenteras kejadian ini. Jangan smpi ada yg kehilangan nyawa utk mempertahankan harta benda kita.
Wassalam

Khamis, 21 April 2011

Muhammad Bin Othman telah kembali ke Rahmatullah

As Salam dan salam sejahtera. Pagi tadi Admin dikejutkan dengan panggilan telefon oleh sahabat lama iaitu Saudara Chodet (Rashidi-Chenderah) yang memaklumkan bahawa Muhammad bin Othman (cucu X Sidang Mahadi: Kg.Air Baruk) telah kembali ke rahmatullah. Selang beberapa minit Nornisah @ Nonet turut menghubungi Admin menyampaikan berita yang sama. Kedua-dua mereka ini merupakan rakan karib Saudara Muhammad iaitu rakan sekolah.

Untuk pengetahuan penduduk Kg. Air Baruk, Muhammad merupakan anak kepada Bang Seman Mahadi iaitu cucu kepada Mantan Sidang Mahadi. Ibunya bernama Mak Cik Ara. Beliau adalah sebaya dengan Admin.. dan membesar bersama-sama di kampung, juga mengharungi zaman persekolahan. Bagi rakan-rakan  sezaman persekolahan dulu.. arwah merupakan seorang yang sangat ceria, suka menghangatkan suasana. Bagi penduduk kampung pula.. pasti kita masih ingat bahawa group arwah inilah yang kerap mengimarahkan masjid lama.. Pasti Saufi, Safuan, Sham dan beberapa rakan lain yang masih ingat kenangan ini. Moga dicucuri rahmat ke atas rohnya. . Kepada keluarga arwah.. ucapan takziah daripada penduduk kampung... Al Fatihah...Amin



Majlis Jasamu Dikenang - Group Wassap Kg. Air Baruk

As Salam dan Salam sejahtera. Alhamdulillah... baru-baru ini Group Wassap Air Baruk telah berjaya menjalankan program/majlis Jasamu Dikena...